MATLAMAT, OBJEKTIF, MISI DAN VISI PSS  

Isnin, 27 April 2009

MATLAMAT PSS

  • Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah secara menyeluruh.
  • Membentuk profesion guru yang berilmu, dinamis, kreatif, dan berpendidikan untuk membantu, membangunkan sahsiah guru itu sendiri dan untuk pembangunan nusa, bangsa, dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, mkreatif, dan berdisplin untuk pembentukan nusa, bangsa, dan agama.
  • Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah-sekolah luar Bandar dengan sekolah-sekolah bandar.

OBJEKTIF PSS

Kecemerlangan Pendidikan
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan potensi serta sahsiah.

Penggunaan Kemudahan
Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

Pemupuk Tabiat Belajar
Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca, dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat serta sistematik.

Penghasilan Bahan
Membantu pelajar dan guru menghasilkan , menilai, dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran.

Perkhidmatan Pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar.

Kecemerlangan Pendidikan
Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

AddThis Social Bookmark Button